fbpx

selalu orang tanya, “dari semua guni ni, negara mana ok?”

untuk makluman tuan puan, yang bezakan kondisi item adalah gred, ikut gred1, gred2 atau gred 3, nak faham tentang gred baca sini.

 

jadi apa beza antara negara?

 

beza utama antara negara ni adalah jenama, kalau guni usa, banyak jenama usa, dan begitulah untuk negara lain.

(guni kanada jenama macam usa sebab mereka jiran)

contoh jenama usa: carters, osh kosh, GAP, Ralph lauren, tommy hilfiger, guess, nike, adidas, hollister, CK, donna karen, dll

 

kalau guni korea, semua biasanya jenama korea, sebab masyarakat korea memang utamakan fesyen tempatan, jarang jumpa jenama luar.

 

kalau guni jepun, biasanya jenama jepun dan ada jenama usa, sebab industri fesyen jepun memang banyak cross over brand jepun (tempatan) dan luar.

contoh jenama jepun: bebe, bathing ape, munsing wear, momotaro,evisu nike, adidas, h&m dll (banyak tag tulisan jepun)

 

 

kalau guni australia, jenama australia yang muncul, seperti: hurley, billabong, body glove, bonds, pumpkin patch, forever21, marc spencer, h&m, zara dan lain2.

 

 

lagi apa beza antara negara ni?

 

kedua, beza dariSegi design dan pattern,

biasanya kalau pakaian kanak-kanak australia dan jepun, fesyen mereka lebih banyak menggunakan warna pastel.

berbanding usa lebih banyak menggunakan warna yang gelap dan menonjol.

 

design ini dipengaruhi oleh masyarakat dan citarasa penduduk disana.

 

.

 

ini sedikit sebanyak perkongsian kami, semoga bermanfaat untuk semua,

TQVM