fbpx

assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

 

harini kami nak kongsikan mengenai beza gred 1, gred 2 dan gred 3.

kalau kita main guni bundle, memang tak dapat lari daripada soalan gred-gred ni.

 

first of all,

gred1 dan gred A adalah sama, ada kilang guna term a, b, c. ada kilang guna 1, 2, dan 3. Jadi jangan sakit kepala fikir beza 1 dan A.

 

kedua,

gred 1 atau a adalah berdasarkan kondisi barang, biasanya gred1 atau a ni tidak lusuh, nampak macam baru, kalau luntur warna pun minimum.

kalau kemeja, biasanya tidak kotor di leher dan lengan.

kalau baju, kolar tu tak gelebeh sangat.

kalau jeans, warnanya masih biru gelap, belum season or faded.

 

gred 2 atau b ni biasanya sudah nampak luntur, nampak secondhand la kata mudah. kalau jeans, biasanya akan ada campur beberapa yang koyak di hujung kaki sedikit.

 

gred 3 atau c biasanya kain dah berbulu dan ada lubang koyak halus untuk baju, kalau jean gred 3 memang koyak.

 

 

ketiga,

 

dalam setiap guni jenama memang campur, jangan expect belah tshirt gred1 jumpa jenama padu-padu. Gred 1 berdasarkan kondisi bukan jenama.

ramai salah faham, bila sebut gred1 mereka akan tanya jenama apa ada.

jenama adalah campuran.

jenama ni lebih dipengaruhi negara bukan gred.

itu kami kongsi lain kali

 

inshallah.

 

komen soalan anda diruangan komen jika ada soalan umum.

jika ada pertanyaan tentang stok, boleh wassap team khidmat pelanggan kami di 01128873025

untuk contoh belahan, boleh rujukĀ sini.