3 TIPS BERNIAGA ONLINE

PERNIAGAAN ONLINE SEKARANG MAKIN MUDAH DIDAPATI DI MANA-MANA LAMAN SOSIAL. BAIK KITA MELAYARI FACEBOOK, INSTAGRAM, TWITTER DAN BLOG SEMUANYA AKAN TERSELIT BISNES ONLINE TENTANG KEPERLUAN MASYARAKAT KINI. TETAPI ADAKAH BERKESAN DALAM KITA BERSTRATEGI MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE? MARI KAMI KONGSIKAN KEPADA ANDA 3 TIPS MUDAH BERNIAGA ONLINE TAHUN 2018.

MODAL YANG RENDAH DAN TAK PERLU FIKIR UNTUNG

SERINGKALI MEREKA YANG INGIN MEMULAKAN BISNES ONLINE TERUS MENGINGINKAN GOAL YANG TINGGI DAN UNTUNG BERLIPAT KALI GANDA. SABAR.  ANDA PERLU INGAT MODAL YANG BESAR TAK MENJANJIKAN UNTUNG YANG BESAR. JADI MULAKAN DENGAN MODAL YANG KECIL DAN PALING PENTING KONSISTEN DALAM MENJALANKAN PERNIAGAAN ONLINE ANDA. ANDA PASTI TERKEJUT DENGAN HASILNYA  WALAUPUN PADA MULANYA UNTUNG TIDAK MEMBERANGSANGKAN.

BUAT VIDEO DAN IKLAN BERANIMASI TENTANG PRODUK

PERCAYAKAH ANDA RAKYAT MALAYSIA SEKARANG LEBIH GEMAR MENONTON CONTENT IKLAN DI YOUTUBE BERBANDING MENCARI MAKLUMAT PRODUK DI FACEBOOK. TAK PERLU AMBIL MASA YANG LAMA, VIDEO BERDURASI 2-3 MINIT SUDAH CUKUP MEMBUATKAN PELANGGAN ANDA TERTARIK DAN AKAN MENCARI PRODUK YANG ANDA JUAL SECARA ONLINE. PASTIKAN ANDA MEMBERIKAN TIPS DAN JALAN CERITA YANG MENARIK DI DALAM VIDEO DAN IKLANKAN PRODUK ANDA DI PENGHUJUNG VIDEO, JANGAN LUPA UNTUK LETAK NOMBOR TELEFON DAN NAMA INSTAGRAM UNTUK MEMUDAHKAN PELANGGAN MENCARI PRODUK ANDA YA.

SELIDIK DAN TAHU KEHENDAK PASARAN

ACAPKALI PENIAGA ONLIE MEMBUAT KESILAPAN BESAR MENJUAL BARANGAN ONLINE TANPA MENGETAHUI KEHENDAK PASARAN SEKARANG. PERLU DIKETAHUI MAKLUMAT DAN KEHENDAK PASARAN AMAT PENTING DALAM MELARISKAN PERNIAGAAN KITA DI ALAM MAYA. SEBAIKNYA BUAT KAJIAN MENGENAI PELANGGAN IDEAL KITA SUPAYA KITA DAPATKAN GAMBARAN JELAS UNTUK MENJUAL PRODUK KITA. GUKANAN GOOGLE TREND SEBAIK MUNGKIN UNTUK MENYELIDIK TAHAP PENCARIAN MAKLUMAT TENTANG SESUATU PRODUK. MAKLUMAT DI HUJUNG JARI INI AMAT PENTING DAN BERGUNA BAGI KITA MEMBUATPILIHAN PRODUK SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN.

ANDA SUDAH BOLEH MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE ANDA DENGAN BERJAYA. PERLU DIINGAT SETIAP APA YANG KITA LAKUKAN PERLULAH DENGAN TEKAD DAN KEAZAMAN YANG TINGGI AGAR SEIRING DENGAN MATLAMAT YANG INGIN DICAPAI. ILMU DAN KEMAHIRAN PERLU DIPEROLEHI DAN JANGAN LOKEK UNTUK MENDAPATKAN ILMU PEMASARAN DI LUAR SANA. SEMOGA ANDA MENDAPAT MANFAAT DARI PERKONGSIAN INI DAN JIKA ANDA RASA BERGUNA SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA. SEMOGA BERJAYA.