fbpx

3 TIPS BERNIAGA ONLINE

3 TIPS BERNIAGA ONLINE

PERNIAGAAN ONLINE SEKARANG MAKIN MUDAH DIDAPATI DI MANA-MANA LAMAN SOSIAL. BAIK KITA MELAYARI FACEBOOK, INSTAGRAM, TWITTER DAN BLOG SEMUANYA AKAN TERSELIT BISNES ONLINE TENTANG KEPERLUAN MASYARAKAT KINI. TETAPI ADAKAH BERKESAN DALAM KITA BERSTRATEGI MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE? MARI KAMI KONGSIKAN KEPADA ANDA 3 TIPS MUDAH BERNIAGA ONLINE TAHUN 2018.

MODAL YANG RENDAH DAN TAK PERLU FIKIR UNTUNG

SERINGKALI MEREKA YANG INGIN MEMULAKAN BISNES ONLINE TERUS MENGINGINKAN GOAL YANG TINGGI DAN UNTUNG BERLIPAT KALI GANDA. SABAR.  ANDA PERLU INGAT MODAL YANG BESAR TAK MENJANJIKAN UNTUNG YANG BESAR. JADI MULAKAN DENGAN MODAL YANG KECIL DAN PALING PENTING KONSISTEN DALAM MENJALANKAN PERNIAGAAN ONLINE ANDA. ANDA PASTI TERKEJUT DENGAN HASILNYA  WALAUPUN PADA MULANYA UNTUNG TIDAK MEMBERANGSANGKAN.

BUAT VIDEO DAN IKLAN BERANIMASI TENTANG PRODUK

PERCAYAKAH ANDA RAKYAT MALAYSIA SEKARANG LEBIH GEMAR MENONTON CONTENT IKLAN DI YOUTUBE BERBANDING MENCARI MAKLUMAT PRODUK DI FACEBOOK. TAK PERLU AMBIL MASA YANG LAMA, VIDEO BERDURASI 2-3 MINIT SUDAH CUKUP MEMBUATKAN PELANGGAN ANDA TERTARIK DAN AKAN MENCARI PRODUK YANG ANDA JUAL SECARA ONLINE. PASTIKAN ANDA MEMBERIKAN TIPS DAN JALAN CERITA YANG MENARIK DI DALAM VIDEO DAN IKLANKAN PRODUK ANDA DI PENGHUJUNG VIDEO, JANGAN LUPA UNTUK LETAK NOMBOR TELEFON DAN NAMA INSTAGRAM UNTUK MEMUDAHKAN PELANGGAN MENCARI PRODUK ANDA YA.

SELIDIK DAN TAHU KEHENDAK PASARAN

ACAPKALI PENIAGA ONLIE MEMBUAT KESILAPAN BESAR MENJUAL BARANGAN ONLINE TANPA MENGETAHUI KEHENDAK PASARAN SEKARANG. PERLU DIKETAHUI MAKLUMAT DAN KEHENDAK PASARAN AMAT PENTING DALAM MELARISKAN PERNIAGAAN KITA DI ALAM MAYA. SEBAIKNYA BUAT KAJIAN MENGENAI PELANGGAN IDEAL KITA SUPAYA KITA DAPATKAN GAMBARAN JELAS UNTUK MENJUAL PRODUK KITA. GUKANAN GOOGLE TREND SEBAIK MUNGKIN UNTUK MENYELIDIK TAHAP PENCARIAN MAKLUMAT TENTANG SESUATU PRODUK. MAKLUMAT DI HUJUNG JARI INI AMAT PENTING DAN BERGUNA BAGI KITA MEMBUATPILIHAN PRODUK SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN.

ANDA SUDAH BOLEH MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE ANDA DENGAN BERJAYA. PERLU DIINGAT SETIAP APA YANG KITA LAKUKAN PERLULAH DENGAN TEKAD DAN KEAZAMAN YANG TINGGI AGAR SEIRING DENGAN MATLAMAT YANG INGIN DICAPAI. ILMU DAN KEMAHIRAN PERLU DIPEROLEHI DAN JANGAN LOKEK UNTUK MENDAPATKAN ILMU PEMASARAN DI LUAR SANA. SEMOGA ANDA MENDAPAT MANFAAT DARI PERKONGSIAN INI DAN JIKA ANDA RASA BERGUNA SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA. SEMOGA BERJAYA.

3 TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN BUNDLE

3 TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN BUNDLE

SETIAP PERNIAGAAN MEMPUNYAI CABARAN YANG TERSENDIRI. BEGITU JUGA ANDA YANG SEDANG BERJINAK-JINAK DALAM MEMULAKAN PERNIAGAAN BUNDLE. BANYAK PERKARA DAN TIPS YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN BUNDLE DENGAN BERJAYA. HARI INI KAMI AKAN KONGSIKAN 3 TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN BUNDLE.

PILIH GUNI YANG INGIN DIJUAL DAN SEMUA ORANG PAKAI

UNTUK PERMULAAN YANG BAIK, PILIH GUNI PAKAIAN YANG MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI SUPAYA KITA DAPAT MENJUAL HAMPIR 90% ISI GUNI BAGI MEMASTIKAN KEUNTUNGAN SETIAP GUNI TERCAPAI. KEBIASAAN PAKAIAN YANG DIPAKAI OLEH SEMUA ORANG ADALAH T SHIRT DAN SELUAR JEANS. TERDAPAT JUGA GUNI YANG MEMBERIKAN KEUNTUNGAN YANG TINGGI IAITU PAKAIAN KANAK-KANAK DAN BAYI. TERGANTUNG PADA JENIS GRED DAN JENAMA JUGA KERANA PARA IBU DILUAR SANA AKAN TERUJA DENGAN JENAMA POPULAR DARI USA SEPERTI BABY GAP DAN DISNEY DAN AUSTRALIA SEPERTI BOND.

DAPATKAN SUPPLIER DAN ORDER IKUT BAJET

KENALPASTI PEMBEKAL YANG KONSISTEN DAN DAPAT MENYEDIAKAN STOK YANG KITA INGINKAN SUPAYA KITA MUDAH REPEAT ORDER DAN MENDAPATKAN HARGA TERBAIK. YANG PALING PENTING, ORDER STOK IKUT BAJET ANDA. TAK PERLU ORDER TERLALU BANYAK TETAPI AKHIRYA TAK DAPAT DIKAWAL STOK YANG BERLONGGOKAN. TERDAPAT PENIAGA BUNDLE YANG BERJAYA MEMULAKAN MODAL RM60.00 SAHAJA PADA AWAL PERMULAAN PERNIAGAAN. JADI ANDA PERLU BIJAK MEMESAN STOK SUPAYA SEMUANYA TERJUAL DAN LAKU KERAS.

GUNA KREATIVITI UNTUK GRED RENDAH

SEPERTI YANG ANDA SEDIA MAKLUM, BALE SETIAP GUNI MEMPUNYAI GRED YANG RENDAH SEHINGGA YANG TINGGI. BAGI GUNI GRED A, JANGAN BUANG MASA! JUAL TERUS. PASTINYA MENDAPAT TEMPAT DI HATI PELANGGAN ANDA. BAGI GRED C, PAKAIAN YANG DICAMPURKAN HAMPIR KEBANYAKAN ROSAK, LUSUH DAN KOTOR. ANDA PERLU MENGGUNAKAN KREATIVITI DAN INOVASI BAGI MENCANTIKKAN BARANG TERSEBUT. BASUH BAJU YANG MEMPUNYAI KESAN KEKUNINGAN PADA BAJU PUTIH DAN TAMBAHKAN AKSESORI BUTANG ATAU RIBBON DI PAKAIAN YANG MEMPUNYAI LOBANG KECIL. ANDA JUGA BOLEH MEMBUAT KRAFTANGAN, BEG DUIT DAN HANDKERCHIEF BAGI PAKAIAN KUALITI RENDAH. PASTINYA PELANGGAN ANDA TERTARIK DAN TIDAK MENUNGGU LAMA UNTUK MEMILIKINYA.

SUDAH RAMAI YANG MEMBUAT PERNIAGAAN BUNDLE TELAH BERJAYA DAN MENDAPAT KEUNTUNGAN YANG TINGGI. PASTINYA TIPS-TIPS YANG BERKESAN PERLU UNTUK MEREKA TERUS BERJAYA MENERUSKAN PERNIAGAAN BUNDLE DAN JUGA BERMANFAAT BAGI ANDA YANG BARU INGIN MEMULAKANNYA. SEMOGA BERMANFAAT.