Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Untuk rakan-rakan yang baru nak tahu mengenai guni bundle, disini kami kongsikan beberapa point general untuk anda lebih faham mengenai guni bundle.

 

  • Ada beberapa negara yang mana biasanya barangan bundle di import ke Malaysia, antaranya, USA, Australia, Jepun, Korea, dan Taiwan.
  • Biasanya guni dipacking secara 45kg atau 100kg. Ada beberapa item yang dipacking secara 10kg atau 20kg, biasanya 10kg dan 20kg adalah tidak di compress.
  • Lain barang, lain harganya, semakin elok isi barangan didalam guni, makin mahal harganya.
  • Ada guni yang banyak koyak, ada guni hanya 2-3 helai sahaja buang, tengok kepada gred dan harga.
  • Untung jual bundle tidak bergantung kepada guni apa kita jual, ianya bergantung kepada faktor lain.
  • Antara faktor yang mempengaruhi laku atau tidak adalah, permintaan pasaran (berubah dari masa ke semasa), cara kita melakukan pengiklanan, dan juga pengetahuan dan minat kita terhadap jenis barang.

 

Itu sahaja kami kongsikan buat masa ini, jika ada sebarang pertanyaan boleh komen dibawah,

TQVM.