Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini kami kongsikan sedikit tips untuk buat iklan secara online. Ramai kenalan kami yang berniaga secara online, so kami rasa, post ini maybe membantu.

 

Pertama sekali, kami sebenarnya tidak bersetuju dengan ayat iklan yang terlalu “boombastik”, kerana, ayat yang terlalu boombastik cenderung kepada overselling.

Yang kedua, ayat iklan yang boombastik akan menyebabkan pelanggan hilang kepercayaan “as time goes by”.

 

Jadi, ayat iklan macam mana yang sewajarnya kita tulis?

 

Iklan yang simple dan jelas – itu sahaja!

Ingat, Simple dan Jelas.

 

Point UTAMA yang WAJIB ditulis adalah , “kenapa pelanggan perlu beli barang tersebut.”

 

contoh,

  1. Buku cerita ini, merupakan antara edisi pertama hasil tulisan Enid Blyton.
  2. Jenama baju ini tidak dijual diMalaysia, kalau tuan/puan pakai, mesti orang ingat beli sewaktu melangcong ke england.
  3. Design ini dah tak dikeluarkan oleh kilang.
  4. Jeans ni kalau beli baru rm299, beli bundle rm29.
  5. Beg tangan ini sesuai digayakan untuk majlis dinner kerana kecil dan kompak, bawak kat bahu tak berat, letak atas peha masa duduk tak kebas kaki.
  6. dan lain-lain.

 

paling penting adalah untuk menceritakan “kenapa” perlu beli.

‘Educate’ pelanggan,

jangan hanya menjual.

TQVM