tuan/puan,

ini antara soalan yang sangat common kami terima. Untuk pilih bale (guni) bundle apa yang sesuai, kita perlu tengok kepada beberapa faktor, seperti:

  1. Bajet/modal
  2. Plan nak jual kepada siapa dan macam mana?Ini adalah part penting, kalau kita plan nak jual murah-murah, rm1 sehelai, kita ambil guni yang murah.
    Tapi, kalau kita plan nak jual yang cantik sikit tapi mahal sikit, ambil guni yang dah siap asing ikut kategori. Lagi bagus kalau ambil gred1.
  3. Nak jual kat mana?Tuan/puan plan nak jual online atau offline? Biasanya barang yang laku secara online tidak sama dengan barang yang laku secara offline.Cuba lakukan reseach dengan melawat kawasan tapak bakal berniaga, tengok apa yang orang lain jual. Disini, kita ada dua pilihan, pertama, jual item yang orang lain tak jual. Kedua, jual sahaja item yang kita nampak laku. Perlu kita faham, apabila kita bermain dengan pasaran offline seperti car boot sale, harga adalah segala-galanya.Untuk online, ada banyak faktor yang mempengaruhi laku atau tidak, biasanya berkait rapat dengan pemasaran online (online marketing). Online marketing ni chapter lain. Ni kita kena cerita lain.

ok, ini seba sedikit, nanti kami cerita lain.

kongsikan pendapat tuan/puan di ruangan komen

TQVM